Labels

Pages

Saturday, December 28, 2013

[PERINGATAN PENTING ]


Kaherah | Sabtu | 09.33 pagi

Makluman kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Al-Azhar Mesir :

Berikutan kejadian yang berlaku di kuliah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta kepada semua ahli mempertingkatkan keselamatan masing-masing.

PMRAM menyarankan beberapa langkah keselamatan yang boleh dipraktikkan untuk semua ahli.

Langkah-langkah keselamatan:

SEBELUM

1- Digalakkan datang awal ke kuliah (2 jam sebelum waktu imtihan)
2- Simpan nombor telefon penting.
3- Sediakan beg kecemasan yang mengandungi barang kecemasan:

* Salinan passport.
* Air gas 1 botol.
* Tisu dan sapu tangan.
* Handphone (bateri penuh/topup).
* Air mineral.
* Ubatan peribadi.

4- Bawa kerneh dan barang persiapan imtihan.
5- Elakkan memakai dan menggunakan simbol yang sensitif.
6- Elakkan memakai pelembap muka.

SEMASA

1- Duduk berkelompok dengan syukbah masing-masing.
2- Jauhi tempat himpunan dan pastikan sentiasa duduk dalam kelompok syukbah.
3- Tidak sewenang-wenangnya tangkap gambar.
4- Sentiasa mengamalkan ayat kursi .
5- Sekiranya menghadapi gas pemedih mata :

* Hembus hidung.
* Kumur mulut dan jangan telan.
* Tekup kain basah di muka.
* Elak diri daripada mengikut arah lawan angin.
* Elak daripada memakai contact lense.

6- Cakna dengan arahan pimpinan PMRAM cawangan masing-masing.

SELEPAS

1- Semua ketua syukbah lapor pada ikhwah/akhawat.
2- Sebelum pulang, ahli-ahli syukbah perlu maklumkan keadaan semasa pada ketua syukbah.
3- Ketua syukbah berperanan dengan syukbah masing-masing.
4- Ikhwah/akhawat cakna dengan ahli bait.

P/S :
* Elakkan daripada menimbulkan suasana yang panik di alam maya.
* Sila cakna berkaitan masalah kesihatan.
* Jika berlaku sebarang keadaan kecemasan, pastikan berada di tempat yang selamat dan hubungi masul masing-masing untuk sebarang bantuan.

Sebarang permasalahan serta perkembangan sila maklumkan pada PMRAM Cawangan masing-masing. Harap maklum.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
   

No comments:

Post a Comment