Friday, August 15, 2014
SERI'14 MERIAHKAN AIDILFITRI DI ISKANDARIAH
SELEKSI
AIDILFITRI ISKANDARIAH 2014 (SERI’14)
Sabtu,
2 Ogos 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah telah mengadakan
rumah terbuka pada 6 Syawal yang diberi nama Seleksi Aidilfitri Iskandariah
2014 (SERI’14). Pada pukul 12.45 tengahari, DPMI menerima tetamu istimewa
yang terdiri daripada barisan kepimpinan HEWI PMRAM 2014. Ahli-ahli PMRAM dari
Kaherah juga turut hadir seperti PMRAM Cawangan Kelantan, PMRAM Cawangan Pulau
Pinang,dan PMRAM Cawangan Shoubra yang juga merupakan taakhi PMRAM Cawangan
Iskandariah. Turut memeriahkan majlis, DPMI juga menerima tetamu dari PMRAM
Cawangan Perak dan PMRAM Cawangan Melaka. Tidak dilupakan juga ahli-ahli DPMI
dan UMI. Aneka juadah dihidangkan kepada tetamu seperti nasi beriani dan ayam
berempah, nasi himpit dan kuah kacang beserta rendang ayam, dan juga kuih
raya. Pada pukul 7.00 petang, DPMI menerima tetamu istimewa terakhir iaitu
barisan Badan Pengurus PMRAM beserta Presiden PMRAM 2014.
PROGRAM DPMI SEPANJANG RAMADAN
PELANCARAN
IHTIRAM’14
Isnin,
30 Jun 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah telah melancarkan
program IHTIRAM’14 bersempena menyambut bulan Ramadan yang bertempat di Dewan
Zajlatul Abidah. Program bermula pada pukul 1.30 petang dengan diskusi kitab “Fadhail
Ramadan Wa Ahkamuhu” yang disampaikan oleh saudara Muhamad Hafiz Naim Bin Raduan,
Ketua Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa PMRAM 2014. Selepas solat Asar,
IHTIRAM’14 telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM 2014 saudara Hanifulfuad Bin
Hussin.
4
& 17 Julai 2014: Di bawah Unit Sambutan & Rehlah (Unit
Kebudayaan, Kesenian & Kemasyarakatan) telah diadakan kelas kemahiran untuk
akhawat PMRAM Cawangan Iskandariah iaitu Origami Class dan Kelas Latihan
Menggunakan Alat Muzik. Kelas kemahiran tersebut diajar sendiri oleh ahli DPMI.
10 Julai 2014: Di bawah Unit Penerangan & Penerbitan telah mengadakan Video Class ataupun dikenali juga sebagai VASS’14. Seramai 13 orang peserta telah mendaftar di dalam program tersebut. Tutorial Video Sony Vegas telah disampaikan oleh saudara Muhammad Mu’aaz Bin Ramli, Setiausaha Agung PMRAM 2014 dan dibantu oleh saudara Muhammad Mukhzin Bin Amran, Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian & Sukan PMRAM 2014.
KELAS
TAFAQUH
Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMI 2013/2014 telah
menganjurkan kelas tafaquh sepanjang Ramadan bagi memeriahkan IHTIRAM’14 di
DPMI. Antara tenaga pengajar kelas tersebut adalah Ustaz Khairul Anuar Bin
Mokhtar dan Ustaz Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri yang juga merupakan Unit
Mutazawwijin Iskandariah (UMI).
ILTIQA’
MUSLIMAT RABBANI 2014 (ITQAN’14)
12
& 13 Julai 2014: Kesinambungan daripada ITQAN (Siri 1), Unit
Dakwah & Pembangunan Insan DPMI 2013/2014 mengambil inisiatif meneruskan ITQAN’14 (Siri
2). Pelbagai program menarik diadakan antaranya diskusi kitab “Pemuda Islam
Yang Berjuang” oleh saudara Ahmad Qutaibah Bin Mohamed, pembentangan kertas
kerja “Ghazwatul Fikri” oleh Dr. Muhamad Afiq bin Muhamed Fahimy, dan ceramah “Penawar
Hati” oleh saudara Rafizani Bin Ramli. ITQAN’14 juga diserikan dengan Talk Show
“Muslimah Bergaya vs Muslimah Berkerjaya” yang disampaikan oleh dua orang ahli
panel iaitu saudari Nur Farhana Binti Mokhtar dan Puan Fazilah Binti Abdul
Rashid. Juga diadakan Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) untuk peserta ITQAN’14.
NUZUL AL-QURAN
16
Julai 2014: IHTIRAM’14 dirancakkan lagi dengan program
Nuzul Al-Quran bersempena memperingati hari kebesaran Islam. Tazkirah Nuzul
Al-Quran telah disampaikan oleh saudari Wan Nur Amirah Binti Wan Yusoff, Timbalan
Setiausaha HEWI 2014 juga merupakan HEWI
Angkat PMRAM Cawangan Iskandariah. Program diteruskan dengan iftar jamaie yang
dihadiri oleh ahli DPMI beserta UMI.
KHATAM
AL-QURAN
22
& 23 Julai 2014: PMRAM Cawangan Iskandariah dengan kerjasama
Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran
sempena penangguhan program IHTIRAM’14 peringkat PMRAM Cawangan Iskandariah.
Pada 22 Julai telah diadakan Tadarus Al-Quran dan keesokan harinya Majlis
Khatam Al-Quran dan iftar jamaie berlangsung pada pukul 5.00 petang.
Wednesday, August 13, 2014
MAT DPMI x22
Calon- calon Ahli Jawatankuasa Tadbir PMRAM Cawangan Iskandariah sesi 2014/2015...
Bantahan calon dibuka sehingga hari :
- Rabu
- 16 Syawal 1435H/ 13 Ogos 2014M
- Bait Marjan 2
'Bersih Cekap Telus'
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Keunggulan Syakhsiah Tunjang Wahdah"
"Belajar Dan Berbakti"
Satu Fikrah Satu Amal
KITA PMRAM!
Monday, August 11, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)